Kelab berbelanja mewah, Paris Saint Germain (PSG) telah melantik Thomas Tuchel sebagai pengurus baru pasukan berkenaan untuk menghadapi saingan musim hadapan.
Bekas pengurus Borussia Dortmund itu menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Perancis itu.
Tuchel menggantikan bekas pengurus PSG, Unai Emery yang membantu kelab berkenaan memenangi kejuaraan treble dalam saingan domestic musim ini tetapi tidak dilanjutkan kontraknya.
“Saya gembira dengan pelantikan ini. Saya tidak sabar untuk bekerja dengan pemain-pemain hebat ini, semuanya adalah antara yang terbaik di planet ini.
“Dengan bantuan staf-staf saya, kami akan melakukan segala-galanya untuk membantu pasukan bersaing di peringkat tertinggi dan keutamaan kelab ini adalah memenangi trofi,” katanya.
Sementara itu, presiden PSG Nasser Al-Khelaifi berkata : “Thomas merupakan antara jurulatih terbaik di Eropah ketika ini. Dia seorang yang gigih, bersemangat dan kekuatannya adalah sebahagian daripada gaya yang selalu kita dengar di Paris Saint germain.”
 Foto kredit : insideathleticclub