Connect with:




Anggota juara Piala Dunia 2014, Thomas Muller mengatakan bahawa dia hairan dan marah terhadap keputusan yang dibuat jurulatih Jerman, Joachim Leow untuk tidak menyenaraikannya dalam skuad Jerman lagi.

Sebelum ini Low mengesahkan bahawa Muller, 29, bersama Jerome Boateng dan Mats Hummels, kedua-duanya berusia 30 tahun, tidak akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan untuk pasukan kebangsaan Jerman pada tahun 2019.

Trio Bayern Munich tersebut adalah sebahagian daripada skuad juara Piala Dunia Jerman pada tahun 2014.

“Semakin saya memikirkannya, semakin saya hairan dengan keputusan itu, membuatkan saya marah,” kata Muller dalam video di media sosialnya.

“Keputusan tiba-tiba yang dibuat jurulatih membuatkan saya hairan. Seorang jurulatih perlu membuat keputusan dengan bijak  dan jelas maka saya tidak mempunyai masalah dengan itu.

“Tetapi kebanyakannya saya tidak faham dengan keputusan beliau. Hummels, Boateng dan saya sendiri masih mampu bersaing di peringkat tertinggi.

View this post on Instagram

Thomas Müller

A post shared by Thomas Müller (@esmuellert) on

Penyerang Bayern Munich itu telah menjaringkan 38 gol dalam 100 penampilan untuk negaranya serta berjaya memenangi kasut emas Piala Dunia pada 2010.

Perlawanan seterusnya, Jerman akan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Serbia di Wolfsburg pada 20 Mac sebelum menghadapi pusingan kelayakan Piala Eropah 2020 pertama mereka menentang Belanda empat hari kemudian.

Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge berkata beliau terkejut dengan pengumuman Leow terhadap trio berkenaan.

“Kami sangkakan masa dan keadaan pengumuman tersebut akan memberi kebaikan kepada pemain serta orang awam seperti mana yang hangat diperkatakan,” kata Rummenigge dalam kenyataan bersama dengan pengarah sukan, Hasan Salihamidzic.

Perlawanan antarabangsa terakhir pasukan kebangsaan Jerman berlangsung pada 19 November 2018  iaitu tiga bulan setengah lalu. – BBC

Foto : Jerman FA