Connect with:




Pengurus Everton, Sam Allardyce berjaya membawa pasukannya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan berturut-turut selepas berjaya menjinakkan Swansea 3-1, awal pagi tadi.

 

Leroy Fer membuka tirai jaringan untuk Swansea di depan manakala tiga gol hadir dari pasukan Everton menerusi Calvert-Lewin, Gylfi Sigurdsson dan Wayne Rooney sudah cukup menggembirakan bos pasukan Everton, Sam Allardyce.

 

Kini Everton menduduki tangga ke-9 (25 mata) dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas ketinggalan satu mata dibelakang Leicester City yang mengumpul 26 mata.

 

Manakala Swansea terpaksa akur dengan menduduki tangga tercorot liga dengan hanya mengumpul 12 mata dan menghadapi 12 kali kekalahan sekali gus tercalon dalam zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.

 

Foto: 101 Great Goal