Selangor gagal mencatat kemenangan menentang Melaka United (MU) setelah bolos dua gol pada babak pertama, di Stadium Hang Jebat, semalam.

Jurulatih Selangor, P.Maniam menegaskan bahawa anak buahnya cuba untuk bangkit di babak kedua, namun gagal menjatuhkan benteng pertahanan tuan rumah sehingga tamat perlawanan 2-1.

“Pemain kami gagal mengambil peluang mereka dan mengizinkan pihak lawan untuk membuat percubaan. Malah, perkara sebegini boleh diambil sebagai pengajaran untuk kami meningkatkan semangat dan prestasi kami,” katanya.

Pemain asal Macedonia, Jasmin Mecinovic membuat jaringan seawal minit ke-5 dan Marco Simic dari Crotia mendaftar nama selaku penyumbang gol bagi tuan rumah pada minit ke-42.

Jaringan Rufino Segovia pada awal babak kedua sekadar merapatkan jurang jaringan selepas beberapa peluang keemasan pasukan Merah Kuning tersasar atau diselematkan oleh penjaga gawang Melaka.

 

Foto Kredit: Goal