Connect with:




The Pocket Rocket man, Azizulhasni Awang dengan jayanya meraih pingat emas pecut sebelum menjelangnya Sukan Asia Indonesia bulan di China Track Cup 1 dekat Taiyuan.

Azizul mengalahkan Xu Chao dari China dalam dua perlawanan di final sprint lelaki yang berlangsung di Taiyuan Velodrome pada petang semalam.

Sorakan lebih gemuruh diberikan apabila rakan sepasukan Muhd ​​Shah Firdaus Sahrom mendapat pingat gangsa untuk Malaysia selepas memecut dari belakang sekaligus menewaskan pelumba Kazakhstan, Pavel Vorzhev dalam tiga perlawanan.

Ia merupakan kejayaan emas pertama di tanah asing bagi Azizul yang berusia 30 tahun sejak dia memenangi acara keirin di Kejohanan Dunia Berbasikal Track dekat Hong Kong tahun lepas.

Sementara itu, Shah Firdaus merupakan pelumba ketiga terpantas dengan catatan masa 9.912 mendahului Bi Wenjun dari China (9.942) dan Vorzhev (9.995).

Fadhil menduduki tempat kesembilan secara keseluruhan dalam acara pecut selepas dia tersingkir dalam pusingan kedua peringkat kalah mati.

Foto Kredit: IG azizulawangofficial