Connect with:




Usahawan Mohd Izwan Mohd Sani dengan kerjasama Kelab Sukan Presint 18R13 Putrajaya telah menganjurkan satu Kejohanan Mini Futsal Kolektor Jersi Vol. 1 bagi mengumpul kolektor-kolektor jersi retro dan baharu mengadakan pameran yang berlangsung pada 29 September lepas bertempat di Uptown Sports Bangi, Selangor.

Beliau menubuhkan The Najwan merupakan pembekal rasmi jersi-jersi pasukan bola sepak tempatan terinspirasi untuk mengadakan pameran jersi retro bersama rakan-rakan lain selain beriadah.

“Sebelum ini kolektor-kolektor jersi lama ini hanya bergerak secara sendiri dalam 2 atau 3 orang untuk pameran dan kini kami mengumpulkan mereka di satu tempat selain mengadakan aktiviti beriadah iaitu karnival mini-futsal sesama mereka,” ujar Izwan.

“Acara seperti hari ini juga bertujuan mempromosikan koleksi jersi dan skaf pasukan kebangsaan dan pasukan-pasukan Liga Malaysia kepada umum,” tambahnya lagi.

Paling menarik pada pameran kali ini ialah jersi original Selangor milik Razlan Raduan dari Klang yang pernah dipakai sendiri oleh lagenda bola sepak negara iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari ketika era kegemilangannya.

Selain itu, tarikan lain program ini adalah perlawanan persahabatan futsal yang menampilkan personaliti bola sepak dan hiburan tanah air. Antara pemain bola sepak yang hadir ialah ialah Shahrom Kalam, Irfan Zakaria, Manaf Mamat, Azmeer Yusof dan beberapa lagi pemain bola sepak liga tempatan. Pemain futsal wanita negara juga turut hadir memeriahkan perlawanan persahabatan itu.