Pemain terbaik dunia lima kali, Lionel Messi menghukum gawang pasukan Eibar dengan menjaringkan empat gol peribadi miliknya dalam aksi Liga Sepanyol selepas membenam Eibar 6-1 awal pagi tadi.

 

Pada perlawanan awal pagi tadi, pengurus pasukan Ernesto Valverde membuat rombakkan yang drastik dalam pasukannya sejak mengambil alih pasukan dengan melakukan enam perubahan berbanding skuad yang mencatat kemenangan ke 2-1 ke atas Getafe, Sabtu lalu.

 

Dalam aksi separuh masa pertama, kelab gergasi Eropah itu perlu berterima kasih kepada penjaga gawang mereka, Marc-Andre ter Stegen dengan aksi yang mantap selepas menidakkan sepakkan Sergi Enrich dalam situasi satu-lawan-satu seawal minit pertama perlawanan.

 

Pada minit ke-21, Barca dihadiahkan sepakan penalti berikutan kekasaran yang dilakukan oleh pemain pasukan Eibar yang dijaringkan kemas oleh Messi untuk memastikan ‘Blaugrana’ mendahului dengan jaringan 1-0.

 

Tujuh minit sebelum babak pertama tamat, bekas pemain Tottenham Hotspur yang baru dibawa masuk ke Barca menyumbat gol ke dua menerusi sepakan sudut yang dilakukan oleh Denis Suarez.

 

Pada minit ke-57 giliran Sergi Enrich meledak buat gol pertama mereka dengan menyempurnakan penyudah yang cantik selepas hantaran lintang dari D. Junca, namun pada minit ke-59 Messi terus meledak gol ke empat dan menjaringkan Hatrik buat dirinya selepas tiga minit berselang.

 

Tiga minit sebelum tamat separuh masa yang ke dua, Messi terus garang menerusi gol yang ke empat buatnya dalam perlawnan awal pagi tadi, setakat ini Messi memiliki 12 gol miliknya dalam Liga Sepanyol musim ini.

 

Foto kredit: Twitter Barcelona FC