Penyerang sensasi Malaysia, N Thanabalan menyifatkan dia tidak akan memilih mana-mana pasukan untuk disertai bagi mengharungi kempen Liga Malaysia pada musim depan.

Baginya yang penting adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman bagi meningkatkan lagi prestasi dan mutu permainannya, ia juga untuk memastikan kedudukannya sebagai penyerang muda yang dikenali umum tidak terjejas.

Menurut Thanabalan, dia perlu akur dengan keupayaan dan pencapaiannya untuk tidak terlalu memilih pasukan yang akan dia sertai pada musim hadapan.

Dia yang juga mempunyai kontrak bersama Negeri Sembilan dan msih ada dalam kedudukan dalam pasukan itu, masa depannya bersama pasukan itu jug akan ditentukan sebaik saingan Liga Perdana musim ini berakhir.

Tambahnya, pengalaman bersama skuad kebangsaan akan digunakan sepenuhnya untuk pasukan yang disertai, tambahan pula dia menyifatkan saingan Liga Malaysia dijangka lebih mencabar dan memerlukan persiapan rapi untuk musim yang akan datang.

Thanabalan yang kini sedang bercuti bagi merayakan sambutan Depavali berkata, dia mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha meningkatkan lagi prestasinya untuk mencapai status penyerang digeruni.

Foto Kredit: Asiana.My