Harimau Muda terus memperbaiki kedudukan di S-League dengan melonjak ke tangga kelima liga selepas menewaskan Woodlands Wellington 2-0 hasil jaringan penyerang berbisa, Thamil Arasu.

Dua gol dari Thamil bantu kemenangan Harimau Muda

 

Ini merupakan kemenangan kesebelas Harimau Muda dalam kempen liga. Anak buah Ong Kim Swee bagaimanapun terpaksa menunggu babak kedua untuk mencetak gol selepas lawan mereka yang menghuni tangga tercorot liga berjaya menahan asakan sepanjang babak pertama.

Pada minit ke-70, Harimau Muda akhirnya membuka jaringan menerusi penyerang, Thamil Arasu sebelum dia sekali lagi menambah jaringan pada penghujung perlawanan.

Dalam satu lagi aksi S-League, Gombak United sekadar seri 1-1 dengan Tampines Rovers. Harimau Muda akan bertemu Balistier Khalsa dalam aksi seterusnya pada Khamis ini