Harapan pasukan tanah air untuk meraih pingat emas dirampas oleh musuh tradisi, Thailand yang menikmati kempen menyakinkan selepas saingan tanpa kalah menentang Malaysia, Filipina dan Singapura dalam kejuaraan SEA Hoki Ais bawah 15 tahun.

Malaysia hanya mampu membawa pulang perak selepas ditewaskan 11-5 oleh Thailand pada perlawanan akhir manakala gangsa milik Indonesia yang menewaskan Singapura 8-6 sementara Filipina menduduki tangga terakhir.

Pengurus pasukan Malaysia, Wan Abdullah Wan Salleh, yang juga ketua pembangunan belia Persekutuan Hoki Ais Malaysia (MIHF), memuji kedua pasukan untuk prestasi mereka.

Selepas tamat perlawanan di Sunway Pyramid, Wan Salleh berkata pasukan Thailand telah bermain dengan baik sebagai satu pasukan dan telah memberi kejutan kepada mereka dengan serangan berterusan pada tempoh awal permainan.

Pasukan tuan rumah cuba untuk bangkit dalam perlawanan tetapi banyak peluang untuk mencari jaringan tersasar dan ditepis oleh pertahanan Thailand yang berdiri teguh.

Dengan sokongan seluruh negara di belakang mereka, mereka mampu meledak empat gol menerusi Raja Karim Adli Raja Amin (dua gol), Vinodraj and Muhammad Fareez Afdlin Mohd Fauzi dalam 15 minit terakhir sebelum mengakui kekalahan.

Foto Kredit: Facebook ([Malaysia Ice Hockey Federation (MIHF)]