Connect with:




Saingan Piala Asia yang berlangsung semalam menyaksikan Thailand dikejutkan dengan kekalahan memalukan setelah mereka tumpas ke atas India 1-4 di Stadium Al-Nahyan, semalam.

Minit ke-27 memperlihatkan jaringan permulaan dihasilkan penyerang veteran, Chhetri menerusi sepakan penalti sebelum kapten Thailand Teerasil Dangda menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian selepas menanduk sepakan percuma Theerathon Bunmathan.

Biarpun Thailand tampil cukup solid pada babak pertama, ia tidak mampu bertahan lama sehingga babak kedua selepas Chhetri sekali lagi meletakkan pasukannya di depan hasil gerakan Udanta Singh di sebelah kanan.

Corak permainan Thailand kelihatan goyah dan tertekan apabila Anirudh Thapa mencetak gol ketiga India pada minit ke-68, disusuli dengan jaringan pemain gantian Lalpekhlua Jeje untuk pasukannya mendahului kumpulan.

Pada masa yang sama, gara-gara kekalahan yang menimpa skuad Gajah Perang itu, Persatuan Bolasepak Thailand mengambil keputusan drastik dengan menyingkirkan ketua jurulatih Thailand, Milovan Rajevac.

Foto: AFC