Connect with:




Selepas jurulatih Thailand, kini giliran Stephen Constantine pula melepaskan jawatannya selaku pengendali India setelah kegagalannya membawa pasukan ke pusingan kalah mati buat julung kalinya di Piala Asia.

Sepakan penalti menerusi Jamal Rashid pada masa kecederaan menyaksikan India tewas tipis 1-0 ke atas Bahrain sekaligus memusnahkan impian India untuk melakar sejarah mara ke pusingan kalah mati.

Dalam pada itu, Constantine mengesahkan perletakan jawatannya sejurus tamat wisel penamat.

“Stephen Constantine meletak jawatan selepas perlawanan ini. Saya sudah menggalas tugas ini selama empat tahun.

“Objektif utama saya sejak hari pertama adalah untuk membantu India layak ke Piala Asia. Saya sudah melakukannya dan kami juga dapat melakar beberapa rekod baharu.

“Saya sangat berbangga dengan setiap pemain yang sudah memberikan segala-galanya kepada pasukan. Saya fikir kitaran karier saya sudah berakhir.

“Saya sudah melakukan apa yang dimahukan dan tiba masanya untuk berhijrah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula mengesahkan status juara Kumpulan A, selepas seri 1-1 dengan Thailand.

Thailand yang mengutip satu mata berharga memastikan mereka ke pusingan seterusnya selaku naib juara.

Selain Bahrain, ia turut menyaksikan kedua-dua pasukan berkenaan mara ke pusingan kalah mati.

Foto: Sportskeeda