Connect with:




Skuad bawah 16 negara berdepan cabaran getir dalam saingan Kejuaraan Bawah 16 Asia yang akan berlangsung pada 20 September hingga 7 Oktober nanti.

Dalam undian yang dijalankan di Bukit Jalil sebentar tadi, Malaysia selaku tuan rumah ditempatkan dalam kumpulan A bersama tiga lagi pasukan iaitu Jepun, Thailand dan Tajikistan.

Jepun pernah muncul juara pada tahun 1994 dan 2006 manakala Thailand pernah menjuarainya pada 1998. Tajikistan pula akan membuat kemunculan selepas kali terakhir layak pada 2010.

Skuad kendalian Lim Teong Kim perlu sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir untuk mendapatkan slot ke Piala Dunia bawah 17 tahun yang akan berlangsung di Peru, tahun hadapan.

Berikut merupakan undian rasmi Kejuaraan Bolasepak Bawah 16 AFC: