Connect with:




Malaysia muncul naib juara Kumpulan A selepas Afghanistan tewas 2-0 kepada Thailand di Pattaya, semalam yang telah melayakkan Malaysia ke suku akhir Kejuaraan Bola Sepak Pantai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2019 di Thailand.

Skuad Malaysia layak melalui perbezaan jaringan apabila Thailand dan Afghanistan juga turut mendapat mata yang sama dengan Malaysia selepas tiga perlawanan. Manakala Palestin berjaya memungut mata penuh setelah menang kesemua dalam peringkat kumpulan.

Sebelum ini, Malaysia tewas kepada Afghanistan 3-2 pada perlawanan pertama dan menang ke atas tuan rumah, Thailand 5-4.

Skuad bola sepak pantai negara berjaya ke peringkat suku akhir Kejuaraan Bola Sepak Pantai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2019 di Thailand.
Foto : FAM

Malaysia tidak bernasib baik pada perlawanan terakhir kumpulan apabila turut tewas kepada Palestin 6-5 yang hampir tidak melayakkan diri ke suku akhir jika Afghanistan berjaya memugut sekurang-kurangnya satu mata berdepan Thailand.

Nasib berpihak kepada Malaysia apabila tuan rumah berjaya menewaskan Afghanistan dengan 2-0 yang telah berjaya membawa Malaysia layak ke suku akhir apabila Malaysia mendapat kelebihan perbezaan jaringan.

Lebih menarik Malaysia merupakan satu-satunya negara ASEAN yang berjaya ke peringkat kalah mati bagi saingan kali ini dan akan berdepan juara Kumpulan B, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khamis ini di suku akhir nanti.

Foto : AFC