Connect with:




Hujung minggu lalu, bintang China, Lin Dan dikejutkan oleh pemain yang semakin meningkat naik dari Singapura, Loh Kean Yew dalam aksi final badminton Thailand Master.

Kean Yew menang 21-19, 21-18 untuk memberikan gelaran pertama dalam siri bertaraf Super 300 buat pemain ranking ke-77 dunia itu.

Tahukah anda, Kean Yew sebenarnya merupakan pemain yang berasal dari Malaysia? Dilahirkan di Pulau Pinang, beliau berhijrah ke Singapura selepas mendapat biasiswa menerusi skim Foreign Sports Scholarship pada 2012. Kean Yew mengikut jejak langkah abangnya, Loh Kean Hean yang turut berhijrah ke Singapura.

Dalam satu temubual bersama New Strait Times pada 2017 ketika berlangsungnya Sukan SEA di Kuala Lumpur, Kean Yew memberitahu beliau tidak menyesal menukar kewarganegaraannya sewaktu berusia 13 tahun untuk memasuki Sekolah Sukan Singapura.

“Saya tidak nafikan, jurulatih di Malaysia banyak membantu dalam proses pembangunan badminton saya ketika usia masih kecil namun Singapura telah memberikan segala-galanya buat saya – pendidikan dan juga bantuan untuk karier.

Kemenangan Kean Yew ke atas Lin Dan ini turut menerima reaksi yang pelbagai dari rakyat Singapura termasuk reaksi negatif.

Things to know about shuttler Loh Kean Yew

Haven't heard of Singapore shuttler Loh Kean Yew? You have now. http://str.sg/oudc

Posted by The Straits Times on Isnin, 14 Januari 2019

 

Satu laporan dari Asia One pada 2013 telah mengejutkan ramai pemerhati badminton negara dimana Singapura menerusi Persatuan Badminton Singapura (SBA) memancing ramai pemain muda dari Malaysia untuk menyeberangi dan menyertai kem mereka.

Perkara ini telah mendapat maklum balas dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang jelas kurang senang dengan tindak tanduk negara jiran. Malah, laporan tersebut menyebut juara dunia, Goh Jin Wei turut mahu menyertai Singapura namun pemain tersebut membuat keputusan akhir untuk kekal bersama Malaysia.

Kemenangan Kean Yew ke atas Lin Dan ini turut menerima reaksi yang pelbagai dari rakyat Singapura termasuk reaksi negatif.