Connect with:




Hanya 40 SAAT diperlukan buat bintang MMA, Conor Mcgregor yang kembali ke octagon selepas menyepi lama dalam UFC.

Kali terakhir pertarung Ireland itu beraksi ialah pada Oktober 2018 yang menyaksikan ‘The Notorious’ tewas kepada Khabib Nurmagemedov. Selepas itu, Conor menyepi dan pernah membuat kenyataan mengenai persaraan. Bagaimanapun UFC246 menyaksikan bintang yang penuh kontroversi ini ternyata mahu kembali membuktikan namanya masih besar dalam arena MMA.

Bertemu Donald Cerrone yang dikenali sebagai Cowboy dalam pertarungan utama UFC246, Conor cuma mengambil masa 40 saat sahaja untuk menumbangkan lawannya itu.

Bermula dengan sepakan tepat ke arah kepala, Cerrone jelas menerima impak yang cukup besar atas sepakan itu hingga membuatkan beliau hanya mamp bertahan dengan asakan bertali arus Conor.

Situasi tersebut akhirnya membuatkan pengadil terpaksa menghentikan pertarungan dan memberikan kemenangan TKO kepada Conor.

Kemenangan ini juga menyaksikan Conor mencipta rekod tersendiri iaitu pertarung pertama yang memenangi pertarungan dalam aksi pertama menerusi kemenangan KO untuk tiga kelas berbeza iaitu featherweight, lightweight dan welterweight.