PFA Malaysia dijemput oleh penjaga gol pasukan PDRM FA, Muhammmad Hamdan Sairi ke majlis aqiqah dan doa selamat pada di kediaman mertua beliau di Sungai Kandis, Shah Alam pada Sabtu.

Antara yang hadir adalah Exco PFA Malaysia, Rudie Ramli dan Mohd Fairuz Abdul Aziz serta Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia, Izham Ismail.

Pada pertemuan tersebut, PFA Malaysia turut dimaklumkan mengenai perkembangan terkini pemulihan Muhammad Hamdan Sairi yang sebelum ini disahkan menghidapi penyakit Leukemia.

Beliau kini sudah menjalanani rawatan kimoterapi ketiga dan akan menjalani rawatan kimoterapi yang keempat serta trasplan pemindahan darah pada 25 Oktober ini.

“Saya memohon kepada semua rakan-rakan dan penyokong bola sepak mendoakan saya agar kembali pulih hendaknya”.

Kami di PFA Malaysia sentiasa memberikan sokongan moral kepada saudara Hamdan dan mendoakan agar beliau pulih sepenuhnya dan kembali beraksi seperti sedia kala.