Connect with:




Beberapa hari lagi bulan Ramadhan bakal disambut oleh seluruh umat Islam di dunia ini, malah terdapat juga beberapa acara sukan turut dilansungkan ketika bulan puasa yang memerlukan atlet-atlet terutamanya yang beragama Islam perlu bertanding walaupun berpuasa.

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana seseorang atlet menjaga puasanya walaupun ketika hari pertandingan? Bagaimana menu permakanannya ketika berpuasa untuk mengekalkan tenaga? Ada kalanya atlet terpaksa tidak berpuasa dan akan digantikan dihari lain diluar bulan puasa.

Tetapi apa yang menariknya untuk kita bahaskan adalah mereka yang tetap berpuasa meskipun ketika bertanding dan tenaganya tetap kuat. Malah, walaupun mereka tidak bertanding latihan fizikal tetap perlu dilakukan setiap hari, sudah tentu tenaganya yang digunakan hampir sama dengan ketika bertanding.

Tetapi bagaimana mereka mengatur menu jadual pemakanan mereka ketika berbuka dan bersahur. Berikut adalah menu dan jadual makan yang boleh kita cuba untuk mengegalkan tenaga di puasa puasa sama seperti seorang atlet.

Berbuka Puasa

Ketika berbuka puasa terdapat beberapa menu yang harus diamalkan. Seseorang atlet akan memastikan adanya karbohidrat dan protein dalam pemakanannya malah mereka akan minum air masak sebanyak mungkin.

Kebiasaannya mereka akan mengambil roti dan yogurt untuk karbohidrat dan ikan untuk protein. Karbohidrat sangat diperlukan untuk mengembalikan tenaga tubuh badan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang membuat latihan fizikal yang kuat sebelum berbuka puasa.

Makanan sihat yang boleh diamalkan
Foto: Iyakan

Sayur-sayuran yang jumlahnya agak banyak, untuk menggantikan ion-ion yang hilang pada waktu latihan. Buah-buahan yang banyak airnya, untuk menambah cairan yang hilang dan susu secukupnya.

Untuk minum pula, digalakkan sentiasa minum mulai berbuka sehinggalah ketika hendak tidur, disarankan untuk minum setiap dua jam sekali.

Sahur

Kebiasaanya seseorang atlet akan makan ketika di penghujung waktu sahur, lagi pun waktu yang disunatkan dan paling afdhal untuk bersahur ialah diakhir-akhir waktu sebelum terbitnya fajar. Oleh itu, ketika waktu imsak tamat mereka betul-betul selesai makan.

Makanan ketika juga sama dengan semasa berbuka yang memerlukan karbohidrat dan protein yang boleh didapati ketika makan nasi dan lauk-pauknya. Malah seseorang atlet akan minum empat gelas air ketika bersahur untuk memastikan mereka tidak akan kekurangan cecair dalam badan.

Perlu mengambil sayur-sayuran yang jumlahnya agak banyak.
Foto: Healthy Eating Diet

Jangan lupa buah-buahan dan susu tetap perlu diamalkan ketika bersahur. Bila cara makan seperti ini dilakukan, maka atlet akan dapat berlatih dengan cukup baik dan tenaga tidak akan berkurang terlalu banyak.

Malah seseorang atlet juga memerlukan waktu tidur yang cukup kerana kekurangan tidur akan menyebabkan prestasi mereka akan menurun. Mereka juga tidak akan tidur pada waktu siang.

Itulah serba sedikit menu dan jadual yang diamalkan oleh atlet untuk mengekalkan prestasinya walaupun ketika bulan puasa mengikut Juara.net. Jadi bagaimana anda dah bersedia untuk mencuba mengamalkan rutin permakanan seperti seorang atlet?