Atlet terjung negara, Pandelela Rinong berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform individu wanita dalam kejohanan Terjun Piala Dunia FINA 2018 di China semalam.

Pandelela mengumpul pungutan 349.15 mata untuk berada di kedudukan ketiga dan agak jauh ketinggalan dengan pemenang emas dan perak. Acara 10 meter juga merupakan antara acara kegemaran beliau dalam setiap kejohanan.

Pingat emas dan perak pula dikuasai oleh penerjun tuan rumah Zhang Jiaqi dengan 427.30 mata dan Ren Qiang 403.85 mata. Acara terjun merupakan kuasa besar dari penerjun China dan sukar untuk penerjun lain mencabar kejuaraan dari mereka.

Foto Kredit : FINA