Liverpool yang hampir pasti mengutip tiga mata penuh bagaimanapun telah di nafikan oleh pengadil perlawanan, Jon Moss apabila memberi penalti kepada Tottenham Hotspur dan Harry Keane tidak mensia-siakan penalti kali kedua untuknya.

Keputusan pengadil yang memberi penalti kepada Tottenham ini telah menimbulkan kontraversi dan kemarahan pemain Liverpool apabial pemain pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk dilihat tidak menyentuh langsung Erik Lamela.

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Tottenham Hotspur menentang Liverpool menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi 1 mata setelah terikat 2-2.

Sebelum itu, Tottenham Hotspur dapat penalti pada minit ke-87 namun Keane gagal menyempurnakan penalti tersebut apabila penjaga gol Liverpool, Loris Karius berjaya menyelamatkan sepakan tersebut.

Gol Liverpool dijaringkan oleh Mohamd Salah pada minit ke-3 dan minit ke-91 manakala gol Tottenham dijaringkan oleh Vcitor Wanyana pada minit ke 80 dan Harry Keane pada minit ke-95.

Keputusan seri menyebabkan skuad kendalian Juergen Klopp gagal untuk merapatkan kedudukan dengan Man. United dan kini mereka ketinggalan 5 mata di kedudukan keempat liga.

Kredit Foto : goal(dot)com