Connect with:




Susulan acara ‘ World Welterweight, yang berlangsung di Axiata Arena semalam, Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Abdul Rahman akan membuat suatu perbincangan bersama juara welterweight Pesatuan Tinju Dunia (WBA), Manny Pacquiao berhubung pembangunan sukan tinju di negara ini.

Dalam pada itu, agenda perbincangan akan lebih memfokuskan kepada bagaimana kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk menerajui sukan tempur itu agar dapat dibangunkan di Malaysia.

Menurut Berita Harian, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada jaguh Filipina itu kerana sudi menyumbangkan peralatan yang digunakannya semasa latihan untuk ‘Fight of Champions’ kepada Malaysia.

“Kami akan bincangkan apa yang akan dilakukan dengan peralatan yang ditinggalkannya itu. Saya ada berjumpa dengannya pada minggu lepas, beliau memberitahu akan tinggalkan ring dan fasiliti untuk rakyat Malaysia,” katanya kepada Berita Harian pada tayangan besar perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Dataran Merdeka, malam tadi.

Pacquiao juga mengumumkan peralatan tinju yang diberikannya sebagai kemudahan yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia pada sidang media selepas pertarungan itu, semalam-BERNAMA