Connect with:




Selamat tinggal buat Zlatan Ibrahimovic yang akan meninggalkan Manchester United selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu bersetuju untuk menamatkan kontrak penyerang Sweden menjelang perpindahannya ke Los Angeles Galaxy.

“Kontrak Zlatan Ibrahimovic ditamatkan dengan segera dan ia dipersetujui oleh kelab Manchester United,” kata United dalam satu kenyataan.

“Ribuan terima kasih diucapkan untuk Zlatan atas sumbangannya kepada pasukan sejak penglibatannya di situ dan semoga dia berjaya di masa depan.”

Pemain berusia 36 tahun itu merupakan penjaring rekod Sweden dengan 62 gol dalam 116 perlawanan, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Amerika Syarikat.

“Terima kasih kepada kelab, peminat, pasukan, jurulatih (Jose Mourinho), kakitangan dan semua yang berkongsi sebahagian sejarah hidup saya ini,” Kata Zlatan.

Menurut bekas rakan sepasukannya (Sweden), Pontus Jansson berkata penyerang itu akan bersinar di Major League Soccer jika dia menyertai LA Galaxy.

“Ia akan menjadi suatu kegembiraan bagi mereka untuk mendapatkan Zlatan di sana dan akan sentiasa berasa seronok bermain bola sepak bersama Zlatan,” kata pertahanan Sweden, Pontus Jansson pemberita.

” Walaupun saya tidak pernah melihat di bermain dengan masa yang lama akibat kecederaan yang dialami, namun ini akan menjadi permulaan yang baik untuknya bermain lagi,” kata Jansson ketika dia sudah bersedia untuk sesi latihan pemanasan Piala Dunia Sweden bermula hujung minggu ini.

Ibrahimovic meledak 28 gol dalam semua pertandingan pada musim pertamanya di United sebelum mengalami kecederaan lutut serius April lalu ketika menentang kelab Belgium, Anderlecht dalam saingan Liga Europa.

Kini, Ibrahimovic mungkin mengikuti jejak bekas pemain besar United, David Beckham, yang membantu membawa Galaxy dan MLS menjadi terkenal di dunia apabila beliau menyertai kelab pada tahun 2007.- Reuters

Foto Kredit: FB Zlatan Ibrahimovic