wpid-dunia-sukan-image-for-website-story17-300x200.jpeg

Terengganu menjadi negeri pertama memiliki padang bola sepak sintetik atau padang rumput tiruan bernilai RM1.1 juta yang telahpun siap dibina di Kampung Tok Jiring, dekat sini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata saiz keluasan padang tersebut menepati piawaian minimum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk perlawanan bertaraf antarabangsa.

“Ini adalah antara projek peringkat awal. Sekiranya berjaya, kami harap semua padang sekolah dan awam di negara ini dapat diganti dengan padang sintetik
secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas melawat padang sintetik
tersebut di sini, hari ini.

Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), kerajaan telah menyediakan peruntukkan RM50 juta bagi membina dua buah padang bola sepak sintetik di setiap
negeri dengan setiap satu menelan kos antara RM1.1 dan RM1.7 juta.

Ahmad Shabery berkata walaupun kos pembinaan padang sintetik lebih mahal
berbanding padang rumput biasa sekitar RM500,000 setiap satu namun ia tahan
lasak sehingga 10 tahun dan mampu menjimatkan kos penyelenggaraan.

Projek di Tok Jiring dalam Parlimen Kuala Nerus ini adalah yang pertama
di mana beberapa lagi padang sedemikian kini dibina di seluruh negara yang akan
menyaksikan model baharu kepada pembangunan bola sepak negara. – BERNAMA