Forkey Doe bersama rakan import, Erison Baiano Da Silva ditamatkan kontrak

 

Selepas mengharungi musim yang bergolak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil langkah untuk mempastikan persediaan untuk menghadapi musim Liga Malaysia 2013 bermula secepat mungkin.

Hari ini PBSNT telah membuat keputusan dalam satu mesyuarat untuk menamatkan kontrak dua pemain import mereka musim ini; pemenang Kasut Emas penjaring terbanyak Liga Super dari Liberia, Francis Doe dan pemain tengah dari Brazil, Erison ‘Baiano’ Da Silva.

Dalam mesyuarat itu juga PBSNT telah mencapai keputusan untuk melepaskan lapan orang pemain tempatan dari kontrak mereka. Pemain-pemain tersebut ialah penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee; pemain pertahanan, Muslim Ahmad dan Hariri Mohd Safii; pemain tengah, Abdul Shukur Jusoh, Reeshafiq Alwi dan Joseph Kalang Tie berserta penyerang, Abdul Hadi Yahya dan Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin.

Kallang Tie dilepaskan dengan persetujuan bersama

 

Pemain-pemain lain masih lagi dikekalkan termasuklah ketua pasukan Marzuki Yusof yang tidak beraksi hampir sepanjang musim ini selepas menjalani pembedahan; pemain kebangsaan Faizal Muhammad dan Mohd Zubir Azmi, pemain tengah Ismail Faruqi dan penyerang, Abdul Manaf Mamat.

Ashaari masih diperlukan pasukan

 

Di samping itu Presiden PBSNT Dato’ Che Mat Jusoh tidak lagi akan menjawat jawatan sebagai pengurus pasukan selepas mesyuarat memutuskan melantik Marzuki Sulong sebagai pengurus pasukan untuk musim 2013. Beliau yang menjadi pengurus skuad Piala Presiden Terengganu musim ini akan dibantu oleh Zulkifli Ali dan Ahmad Awang yang akan bertindak sebagai Penolong Pengurus.

Pengurusan Terengganu musim 2013 :

Pengurus – Marzuki Sulong
Penolong Pengurus 1 – Zulkifli Ali
Penolong Pengurus 2 – Ahmad Awang

Senarai pemain:

PENJAGA GOL
Mohamad Shamirza Yusof
Mohd Saifuddin Bin Mokhtar

PERTAHANAN
Mohd Marzuki Yusof
Nik Zul Aziz Nawawi
Mohamad Muhaimin Omar
Mazlizam Mohamad
Hasmizan Kamaruddin
Mohamad Faizal B Muhammad
Md.Zubir Md Azmi

TENGAH
Ismail Faruqi
Ahmad Nordin Alias
Muhamad Ashaari Shamsuddin
Shamsul Kamal Muhammad
Mohd Fakrurazi Musa

PENYERANG
Abdul Manaf Mamat

Pemain yang dilepaskan:

Mohd Sharbinee Allawee
Muslim Ahmad
Hariri Mohd Safii
Abdul Shukur Jusoh
Reeshafiq Alwi
Joseph Kalang Tie
Ailim Fahmi Kamaruddin
Abdul Hadi Yahya