Roger Federer muncul juara apabila menewaskan Grigor Dimitrov 6-2, 6-2 dalam saingan Terbuka Rotterdam yang berlangsung dari 10 hingga 18 Februari 2018.

Kemenangan ini lebih manis apabila beliau di umumkan selaku pemain nombor satu dunia sebelum beliau menjuarai kejohanan ini. Federer juga merupakan pemain tertua yang berusia 36 tahun yang memegang rekod selaku pemain nombor 1 dunia.

Ini merupakan kejuaraan kedua beliau tahun ini selepas muncul juara dalam kejohanan Terbuka Australia. Federer telah menambah koleksi kejuaraan apabila telah mengumpul 97 gelaran setakat ini.

Bagi seorang pemain yang berusia 36 tahun apatah lagi memegang status pemain nombor 1 dunia, ia bukan sesuatu perkara yang mudah untuk mempertahankan gelaran yang di pegangnya.

Memburu sesuatu kejuaraan agak mudah namun untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pula sesuatu yang agak sukar.

Foto Kredit : hindustantimes(dot)