Connect with:




 

Team Bath berjaya mencatat kemenangan 54-42 ke atas Team Northumbria untuk terus menghidupkan peluang mengejar pasukan teratas dalam pertandingan ‘ Vitality Super League Netball’ 2018.

Kemenangan ini juga membolehkan mereka naik ke tempat keempat liga dengan 27 mata dan hanya 9 mata ketinggalan di belakang pendahulu liga, Wasps Netball kini memimpin liga dengan 36 mata.

Persaingan lima pasukan teratas terus rancak kerana kedudukan antara satu sama lain begitu hampir sementara lima lagi pasukan terbawah dilihat ajak jauh ketinggalan dengan kelompak atas.

Setelah 13 perlawanan dilalui, pendahulu liga, Wasps Netball berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dan muncul pasukan terbanyak jaringan berbandinn lawan yang lain.

Foto Kredit : Team Bath Netball