Seramai 100 kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Selangor mengadakan aktivti ‘Eksplorasi Gua Damai’, disini, pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves Amirudin Shari berkata, tujuan aktiviti ini dijalankan untuk menikmati khazanah dan keindahan alam semulajadi yang ada di Gua Damai.

“Kami teruja untuk menyertai aktiviti ini kerana kami dapat mempelajari benda baru berkaitan dengan ilmu berkaitan gua,

Menurutnya, dia yang kali pertama menyertai aktiviti di sini berasa amat seronok kerana dapat bersama-sama kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Selangor untuk menjayakan aktiviti ini.

“Walaupun mempunyai masalah kesihatan namun saya masih mahu menghabiskan cabaran yang terdapat disini,

“Selain itu, aktiviti ini juga berpotensi untuk diketengahkan buat penacong-pelancong terutamanya, serta promosi yang lebih perlu dilakukan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Selangor untuk memperkenalkan kawasan Gua Damai ini,” katanya.

Dia juga menyifatkan pihak berwajib perlu menaiktaraf lagi kemudahan di kawasan sekitar kawasan Gua Damai kerana dia melihat kawasan tersebut boleh dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancong dari luar dan dalam negara.

Bagi Amirudin, Gua Damai amat terkenal bagi penggemar sukan lasak di luar negara, tetapi kurang mendapat perhatian dari penduduk sekitar dan rakyat Malaysia sendiri.

“Saya turut berharap kerajaan negeri Selangor khusunya dapat membuat lebih besar lagi aktiviti Eksplorasi Gua Damai ini seperti dengan penglibatan keluarga, penjawat awam dan para belia,” katanya.

Turut hadir, Ahli Majlis Batu Caves, Lee Chim Hau yang merasmikan majlis dengan gimik meluncur ‘flying fox’ di platform yang terletak di Puncak Berangin yang merupakan lapangan bagi trek flying fox terpanjang di Malaysia sejauh 250 meter sambil membawa bendera MPS.

Sementara itu, Pengurus Taman Ekstrem Gua Damai dan Konsultan Wira Adventure, Mustapha Al Bakri Omar berkata dia yang ditugas untuk menjadi jurucakap berkenaan mengenai keistimewaan yang ada di Gua Damai bagi pendedahan orang ramai yang menyertai program seperti ini.

 

Para peserta dipecahkan kepada empat kumpulan dan dibawa oleh pasukan bertugas ke destinasi yang tertentu dan peserta juga dikehendaki untuk mendaki tiga buah gua yang terdapat di Gua Damai iaitu gua Ichibawa, Gua Cili Padi dan Figs Tree Cave.

Selain pakej aktiviti sukan lasak yang ditawarkan, taman tersebut turut dibuka untuk kegiatan santai bersama keluarga secara percuma, taman rekreasi ini dibuka setiap hari bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam.