Connect with:




Felcra FC mengumumkan ketua jurulatih bagi musim 2018 dengan menamakan Tarcisio Pugliesi Barbulio untuk saingan sulung Liga Perdana.

Jurulatih yang berasal dari Brazil itu sebelum ini mempunyai rekod cemerlang di liga domestik negara Amerika Latin itu. Antara rekod kejurulatihan beliau :

1. Luverdense MT (2007 – 2010)

2. San Jose SP (2011 – 2012)

3. Guarani SP (2013)

4. Ituano SP (2014 – 2017)

Tarcisio memperoleh lesen kejurulatihan beliau (kelas A) dari Persatuan Bola sepak Brazil (CBF) pada tahun 2006 dan beliau juga merupakan lulusan jurusan Sukan ‘Physical Education’ dari Universiti Campinas, Brazil.

Untuk rekod, Felcra FC akan bersaing dalam Liga Perdana untuk musim 2018 setelah Sime Darby FC mengambil keputusan untuk menarik diri dari kancah liga Malaysia.