Kelayakan Piala Asia AFC 2019 menyaksikan Malaysia dan Korea Utara bakal berlangsung di Thailand pada 10 dan 13 November.

Hal ini berikutan kerana terlalu lama perlawanan ini ditangguhkan.

Perlawanan yang akan pada mulanya dijadualkan pada 28 Mac di Pyongyang kemudian ditangguhkan ke 8 Jun atas sebab hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Malaysia agak tegang selepas kejadian pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Feb.

Perlawanan sekali lagi ditunda akibat berlakunya konflik pengujian peluru berpandu di Korea Utara pada 5 Oktober, lima hari sebelum menentang Hong Kong 10 Oktober.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Paul Windsor John amat bersyukur di atas sokongan berterusan daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) yang bersetuju menjadi tuan rumah bagi dua aksi ini.

Perlawanan akan berlangsung pada 10 November iaitu perlawanan di ‘tempat sendiri’ bagi Korea Utara dan 13 November merupakan aksi di ‘laman sendiri’ bagi Malaysia.

Malaysia perlu menamatkan kempennya sebagai pasukan kedua teratas dalam Kumpulan B untuk layak ke Piala Asia 2019.

Kejohanan tersebut bakal berlangsung di Emiriah Arab Bersatu dari 5 Januari hingga 1 Februari 2019. – Bernama

Foto Kredit: Asiana.MY