Gialuigi Donnarumma, penjaga gol AC Milan akhirnya menyatakan persetujuannya untuk menyambung kontrak dan kekal di San Siro hingga 2021.

Pengumuman itu dilakukan oleh kelab tersebut dan Donnarumma akan menandatangani kontrak baharu secara rasmi hari ini.

Kontrak pemain 18 tahun itu sebelum ini dijangka akan tamat pada 2018.

Sebelum ini, dia telah mengumumkan tidak akan menandatangani sebarang tawaran baharu berikutan kecewa dengan pengurusan kelab gergasi Itali itu.

Difahamkan AC Milan membuat tawaran perjanjian baharu dengan gaji tahunan 5 juta euro (RM24.6 juta).

Kain rentang yang ditulis ‘Dollarumma’ digantung oleh penyokong AC Milan selepas Donnarumma menolak tawaran tersebut ketika dia beraksi untuk Itali pada Kejohanan Bawah 21 Tahun Eropah di Polan

Pada aksi itu juga, mereka melemparkan wang palsu kepadanya sebagai bantahan tidak puas hati dengan keputusannya.