Connect with:




Pertahanan Barcelona, Samuel Umtiti menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan separuh akhir diantara Perancis dan Belgium awal pagi tadi untuk membawa pasukannya layak ke final Ahad ini.

Jaringan pada minit ke-51 itu berpunca daripada sepakan penjuru yang diambil oleh Antoine Griezmann sudah cukup untuk meletakkan Perancis selesa dihadapan sehingga tamat perlawanan.

Les Bleus bermula agak perlahan apabila The Red Devils mendominasi perlawanan sepanjang separuh masa pertama di St Petersburg dengan beberapa cubaan serangan balas oleh Perancis melalui Antoine Griezmann, Kylian Mbappe dan Olivier Giroud.

Perancis akan menanti siapakan yang akan bertemu mereka di final pada perlawanan malam ini diantara England dan Croatia.

Foto Kredit : Sports Illustrated