Tambah Lagi Satu Kuota

Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) bakal menambah kepada lima kuota pemain import tahun depan dengan harapan dapat meningkatkan prestasi mutu liga Malaysia sekali gus dapat mengukuhkan kewangan bagi kelab pasukan yang bertanding.

Pada ketika ini, FAM menetapkan peraturan pemain import berdasarkan kuota 3+1.

Mahupun begitu, Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan dengan menambah satu lagi pemain import dari rantau Asia Tenggara.

Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yakin cadangan itu dapat memberi keuntungan terhadap sesebuah pasukan.

“Saya bagi contoh Andik Vermansyah yang bermain di Selangor. Ramai peminat Indonesia mengikuti perkembangan pasukan Selangor.”

“Kalau ada pemain import dari Thailand, Filipina, Myanmar, Laos dan Singapura, ia akan menarik lebih ramai penonton serta meningkatkan liga tempatan, katanya dalam sesi forum Face Off bersama Presiden FAM.”

Bagaimanapun ada sesetengah pihak turut membuat dakwaan bahawa presiden FAM itu hanya memikirkan tentang kepentingan diri sendiri dan  kelab JDT.

“Kalau saya pentingkan diri sendiri, saya tidak akan berbincang dengan ASTRO untuk minta beri RM5 juta kepada setiap pasukan. Ini menunjukkan saya ingin menolong pasukan dan kelab lain,” jelasnya.

Foto Kredit: Asiana.my