Bekas bintang AC Milan dan Real Madrid, Kaka bakal bersara dalam arena bola sepak pada tahun ini.

Kaka mengumumkan persaraannya melalui twitternya.

“Ia lebih daripada yang saya bayangkan. Terima kasih! Saya kini bersedia untuk perjalanan seterusnya,” katanya menerusi tweet yang dimuat naik dalam laman sosial tersebut.-AGENSI

Sedikit Info mengenai bekas Bintang Brazil ini :

Kaka memulakan kariernya di Sao Paulo pada 2001 dan sebahagian daripada skuad Brazil yang menjuarai Piala Dunia ketika dikendalikan oleh Luiz Felipe Scolari pada tahun 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

Selepas tiga musim beraksi dalam kesebelasan utama Sao Paulo, dia berhijrah ke Milan pada 2003, menyertai skuad yang dibarisi oleh Cafu, Paolo Maldini, Clarence Seedorf dan Andrea Pirlo.

Pemain tengah itu segera menjadi pemain pilihan Rossoneri, membantu pasukan menjuarai Serie A pada musim pertama di Itali dan menjaringkan 101 gol dalam 287 penampilan.

Pemain berusia 35 tahun itu, membuat keputusan untuk bersara selepas 10 tahun sejak dia meraih Ballon d’Or, dengan membantu Milan menjulang Liga Juara-Juara (UCL), Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab pada 2007.

Gergasi Eropah, Real Madrid membayar sebanyak 68 juta euro (RM326 juta) untuk membawanya ke Santiago Bernabey pada 2009 untuk bergandingan bersama Cristiano Ronaldo.

Kaka gagal untuk mengulangi pencapaian terbaik bersama Real serta bergelut dengan kecederaan lutut sebelum kembali ke Milan pada 2013.

 

Sumber : Utusan

Foto Kredit : Twitter (@KAKA)