Tall, Dark & Handsome Puas Hati

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar puas hati dengan persiapan pertandingan di pusat pameran dan Dagangan Antarabangsa (MITEC) menjelang kejohahan Sukan SEA kuala Lumpur 2017.

Khairy dalam lawatan terbarunya berkata, persiapan dewan itu hampir siap 98 peratus  dan dijangka siap sepenuhnya sebelum acara pertama bermula.

“Hanya tinggal kerja penyelenggaraan yang membabitkan perhiasan, penjenamaan dan beberapa pemasangan alat teknikal.

Menurut beliau, pihak pengurusan terpaksa melakukan kerja pembaikan hoki dalam dewan ekoran masalah isu lantai yang tidak rata.

Tambahnya, pihak pengurusan sedang berusaha melakukan kerja penukaran lantai tersebut bagi membenarkan skuad negara menjalani sesi latihan sebelum beraksi pada 21 Ogos.

“Untuk dewan sukan yang lain, saya dapati semuanya telah siap sepenuhnya dan berada dalam keadaan yang sempurna.

Secara keseluruhan, beliau berpuas hati dengan pengurusan dan perkembangan di MITEC.

Foto kredit: Mstar