Jurulatih negara bawah 19, Bojan Hodak menggunakan taktik di luar kotak untuk mendapatkan skuad kebangsaan bersedia untuk kelayakan AFC Bawah-19 di Korea Selatan, bulan depan.

Kempen kelayakan tahun ini bakal menjadi sukar buat skuad tanah air kerana tergolong dalam Kumpulan F bersama tuan rumah Korea Selatan, Brunei dan Indonesia di Paju dari 31 Oktober hingga 8 November.

Keadaan cuaca yang dijangka sejuk di Paju dengan suhu kira-kira 15-20ºC, Hodak akan memastikan bahawa tiada apa yang akan menghalang dalam persediaannya untuk skuad kebangsaan.

Jurulatih kelahiran Croatia itu menegaskan bahawa keadaan cuaca adalah sesuatu yang sukar untuk dikendalikan kerana pemainnya lebih selesa bermain di bawah matahari yang terik berbanding dalam cuaca yang sejuk.

Hodak telah membawa anak buahnya ke Rumah Salji di iCity, Shah Alam bagi mendedahkan mereka kepada keadaan sejuk dengan suhu di bawah 5ºC namun ada yang mengadu mengalami masalah pernafasan.

“Di Paju, kami akan bermain dengan suhu sekitar 15-20ºC jadi saya fikir mereka tidak akan menghadapi masalah pernafasan” katanya.

Selain itu, Hodak juga telah menghantar pemainnya menjalani ujian perubatan dan fizikal selama tiga hari di Institut Sukan Negara (NSI) pada minggu lepas bagi mendapatkan idea yang lebih baik mengenai keadaan pemain.

Sejak dilantik pada bulan Ogos lalu, Hodak telah Berjaya membimbing Malaysia ke final kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bawah 19 tahun di Myanmar sebelum kalah 2-0 ke Thailand.