Connect with:




Banyak pencapaian demi pencapaian yang telah dikecapi oleh pasukan ragbi lima belas sebelah negara dalam setiap kejohanan yang mereka sertai.

 

Isu ini sudah lama menjadi persoalan bagi para pemain ragbi kebangsaan mengenai dana yang disalurkan dalam badan induk untuk sukan ini.

 

Menurut sumber, pemain ragbi lima belas di Malaysia tidak mempunyai apa-apa elaun yang rasmi buat mereka sedangkan pelbagai pencapaian yang boleh dibanggakan telah dilakar oleh mereka justeru telah menjadi rungutan oleh segelintir pihak.

 

“Memang pasukan ragbi melakukan yang terbaik, tetapi ianya tidak setimpal dengan apa yang kami lakukan,

 

“Bayangkan elaun bermain diluar untuk kami hanya lima puluh ringgit sebulan yang dibekalkan untuk kami,” kata sumber.

 

Sementara itu, kerisauan badan induk juga hadir selepas ramai diantara pemain utama ragbi Malaysia menarik diri dari pasukan berkenaan selepas terikat dengan komitmen yang ditanggung.

 

“Ianya tidak ada kaitan dengan isu dalam persatuan, akan tetapi barisan pemain tersebut mempunya komitmen terhadap keluarga dan bidang kerja mereka sendir,”

 

“Saya lihat disini bahawa dengan ketiadaan mereka, sedikit sebanyak merungsingkan pihak tertentu untuk membina semula pasukan yang kuat seperti sebelum ini,” katanya lagi.

 

Sumber juga berharap agar badan induk mengkaji berkenaan dengan isu elaun para pemain ini dan menyelesaikan dengan segera agar mental para pemain dapat konsisten serta menyuntik semangat mereka untuk terus menaikkan nama ragbi Malaysia di mata dunia.

 

Foto Kredit: RagbiOnline