Connect with:




Dari 20 – 22 September, rakyat Malaysia berpeluang untuk mencuba dan menyertai pelbagai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh Taiwan Excellence di Pusat Beli-belah 1 Utama. Tahun ini, produk dan aktiviti yang ditampilkan adalah daripada jenama terkemuka Taiwan yang merangkumi barangan sukan hinggalah keperluan rumah harian diinspirasikan oleh gaya hidup sihat penduduk Taiwan.  

Sesuai dengan tema Jom Badminton (Let’s Badminton), produk utama yang dibawa di Taiwan Excellence 2019 adalah produk sukan seperti peralatan badminton jenama VICTOR, pakaian sukan mampat U.CR+  dan produk kembara serta aktiviti luar ATUNAS. Walaupun memberi fokus kepada gaya hidup aktif, Taiwan Excellence 2019 turut menampilkan aspek kehidupan sihat lain yang ada dalam persekitaran harian kita dengan produk hijau dan jimat tenaga daripada alat disinfektan (nyahjangkitan) air EleClean, alat ventilasi udara bersih TUMA, peralatan dapur TATUNG dan kraf seramik mesra alam ACERA serta jenama barangan digital TRANSCEND.

Dalam menggalakkan gaya hidup aktif yang holistik, acara yang berlangsung selama 3 hari di 1 Utama ini juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti:

Perlawanan Persahabatan dan Sesi Ramah Mesra dengan Pemain Badminton Kebangsaan Malaysia

Dibawakan oleh VICTOR, peneraju peralatan badminton antarabangsa dan penaja pasukan kebangsaan Malaysia; jangan lepaskan peluang yang jarang ada ini untuk menyertai perlawanan persahabatan dengan pemain badminton kebangsaan Malaysia, yang diikuti sesi ramah mesra bersama pemain selama tiga hari berturut-turut!

Acara tiga hari ini akan membawakan dua hingga tiga pemain kebangsaan secara bergilir-gilir setiap hari. Pembaca yang berminat menyertainya dikehendaki membuat pra-pendaftara terlebih dahulu. Pendaftaran akan dibuka pada 25 Ogos 2019 di www.facebook.com/TaiwanExcellence.My

Zumba Ceria bersama Zim Hamka yang Berbakat dan Memikat

Bagi mereka yang lebih berminat kepada senaman kardio yang digandingkan denga alunan muzik dan gerak tari ceria, daftarkan nama anda untuk sesi Zumba pada Ahad 22 September, jam 6 petang. Individu yang berminat perlu membuat pra-pendaftaran. Terhad kepada 50 peserta dan setiap peserta akan menerima tuala sukan Taiwan Excellence. Pendaftaran akan dibuka pada 4 September jam 6 petang.

Dunia Yoga bersama Pencetus Inspirasi Kecergasan Angeline Ong

Rakyat Malaysia yang mencari aktiviti yang lebih “zen” dan tenang boleh mengikuti sesi yoga percuma pada 21 September. Peserta berminat juga dikehendaki membuat pra-pendaftaran. Terhad kepada 20 peserta dan setiap peserta akan menerima tikar yoga dan iroller yang ditaja oleh Atunas. Pendaftaran akan dibuka pada 4 September jam 7 petang.

Sebagai tambahan kepada aktiviti di atas, pengunjung juga boleh menikmati persembahan pentas oleh artis tempatan Joey Leong, mendapat cenderahati percuma dari jenama yang mengambil bahagian dan banyak lagi aktiviti menarik.

Jom Badminton bersama Taiwan Excellence terbuka kepada umum dari jam 10 pagi – 10 malam pada  20-22 September (Jumaat – Ahad ) di Oval Concourse LG, Pusat Beli-belah 1 Utama Shopping Center.  Masuk adalah percuma.

Penyertaan dalam semua aktiviti juga percuma. Anda hanya perlu membuat pra-pendaftaran dan Terma dan Syarat terpakai pada sesetengah aktiviti. Sertai kami dan daftar sekarang di www.facebook.com/TaiwanExcellence.My.

Keseronokan ini tidak terhenti di situ! Taiwan Excellence akan terus menyemarakkan semangat rakyat Malaysia dengan lebih banyak aktiviti menarik dalam KL Marathon yang akan diadakan pada hujung minggu terakhir September.