T2 Liga Ping Pong Asia Pasifik (T2APAC) yang julung kalinya dianjurkan telah mengesahkan beberapa penyertaan pemain bertaraf dunia termasuklah pemain dari China dan Jepun.

Pemain berusia 17 tahun dan merupakan pemain nombor 16 dunia dari Jepun, Hina Hayata yang baru memenangi pingat gangsa dalam acara beregu di Kejuaraan Dunia 2017 Liebherr, serta pemain berusia 13 tahun yang sedang meningkat naik Miyuu Kihara akan turut bersaing.

Kontinjen dari China terdiri pula terdiri daripada pemain pasukan kebangsaan lelaki China seperti pemain ranking 51 dunia, Shang Kun, Liu Ding Shuo, Xue Fei, dan Wang Chu Qin. Pemain daripada pasukan kebangsaan wanita China pula adalah Wu Yang (12 dunia), Wang Manyu (41 dunia), Liu Fei, dan Sun Yingsha, serta juara Kejohanan Remaja Dunia 2016, Shi Xunyao yang berusia 15 tahun.

Beberapa pemain akan bermain secara penggiliran pada musim pertama ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) T2APAC, Jeff Chue berkata, “Kami gembira untuk mempunyai pemain utama dari China dan Jepun dalam melengkapkan senarai pemain T2APAC musim pertama ini. Kami percaya kami mempunyai wakil pemain antarabangsa yang hebat dan akan mengujakan penonton dari seluruh dunia. Kami berharap akan menganjurkannya dengan penuh jaya dalam kejohanan kali pertama ini. ”

Dalam saingan kali ini, beberapa pemain wanita terkenal dunia termasuk pemain wanita nombor satu dunia, Ding Ning dari China, Feng Tianwei dari Singapura (No. 4 dunia), Cheng I-Ching dari Chinese Taipei (No. 7 dunia), dan Yang Haeun dari Korea Selatan (No. 23 dunia). Kejohanan ini juga akan menampilkan 10 pemain utama dunia seperti Dima Ovtcharov dari Jerman (No. 5 dunia), Jun Mizutani (No. 6 dunia), bekas pemain nombor satu dunia 1, Timo Boll dari Jerman, Chuang Chih -Yuan (No. 10 dunia) Chinese Taipei, dan legenda yang terkenal dengan kekentalannya apabila bertahan, Joo Sae Hyuk dari Korea Selatan yang pernah menduduki ranking ke-5 di dunia. Liga turut menampilkan beberapa bakat-bakat muda di dunia seperti pemain berusia 13 tahun dari Jepun, Tomokazu Harimoto (No. 69 dunia).

Nama-nama lain yang bersaing dalam T2APAC untuk merebut hadiah wang tunai lebih daripada USD 1.5 juta adalah Chen Chien-an (Chinese Taipei), Vladimir Samsonov (Belarus), Paul Drinkhall (England), Georgina Pota (Hungary), Elizabeta Samara dan Bernadette Szocs (Romania), Jeon Jihee (Korea Selatan), Aleksandr Shibaev (Rusia), Matilda Ekholm dan Mattias Karlsson (Sweden), serta Suthasini Sawettabut (Thailand).

Kesemua pemain akan dikumpulkan ke dalam empat pasukan campuran dan mereka melalui proses pemilihan oleh empat legenda tenis yang masing-masing akan mengetuai satu pasukan – Jiang Jialiang (bekas juara dunia dua kali dari China, pemenang pingat Kejohanan dunia, Piala dunia dan Kejohanan Asia), Jörgen Persson (bekas juara dunia dan tujuh kali menyertai Sukan Olimpik dari Sweden), Jörg Rosskopf, (pemenang pingat gangsa dalam acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik 1996 dari Jerman) dan Michael Maze (pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik 2004 dalam acara beregu lelaki dari Denmark).

Empat ketua pasukan akan bersaing untuk mendapatkan pemain terbaik dalam membentuk pasukan yang mantap- setiap pasukan campuran ini terdiri daripada tiga pemain lelaki dan tiga pemain pemain wanita. Mereka akan membawa satu dimensi baru dan kerancakan kepada penonton untuk menyaksikan perlawanan secara lebih kompetitif sepanjang saingan.

Bakal bermula pada 28 Jun ini, liga pingpong yang pertama kali akan diadakan secara langsung di lokasi Asia Hollywood yang ikonik iaitu di Pinewood Studios, Johor, Malaysia. Uniknya, semua 228 perlawanan dalam musim pertama ini akan disiarkan secara langsung di hadapan studio penonton dari T2CAVERN sahaja, pembinaan beritegrasikan field-of-play, ruang isti rehat penaja, suite hospitaliti, kawasan latihan pemain, dan set produksi yang akan dibina khas bertaraf dunia serta juga kompleks televisyen. Sejak tahun 1936, Pinewood Studios telah menjadi rumah kepada blockbuster Hollywood seperti Star Wars dan James Bond.

Dengan kerjasama Pinewood Studios dan Astro Malaysia yang merupakan kumpulan hiburan yang terkemuka di Asia Tenggara, T2APAC bertujuan untuk menyampaikan kepada generasi masa depan tentang ‘sportainment’ multi-media kepada peminat dan pengguna. Ia juga satu pengalaman yang membolehkan penonton di studio untuk lebih dekat dan mengenali bintang pingpong bertaraf dunia.

Disebut-sebut sebagai satu kejohanan yang paling lumayan dalam kalendar ping pong profesional hari ini, pemain akan bertarung merebut hadiah wang tunai lebih USD 1.75 juta pada musim sulung ini dengan tujuh pusingan perlawanan dari akhir bulan Jun ini hingga bulan Disember 2017 .