Kelibat Faiz Subri Tidak Kelihatan

 

KUALA TERENGGANU, 21 NovĀ  – Kelibat enam pemain tonggak skuad T-Team tidak kelihatan apabila pasukan Liga Super itu mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Piala Emas Raja-Raja Terengganu di sini, semalam.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Program Khas Sukan/T-Team Ab Rashid Jusoh berkata beliau tidak pasti kenapa enam pemain itu gagal turun walaupun sebelum itu mereka menyertai sesi latihan.

Pemain pemain tersebut ialah penjaga gol Syamsuri Mustapa, Zairo Anuar Zalani, Wan Alif Jasmin, Shahrizal Faizal, Mohd Fais Sobri dan Nor Fazly Alias.

Bagaimanapun, beliau ketika dihubungi hari ini berkata pemain berkenaan telah mengikat kontrak bersama pasukan untuk musim depan.

Zairo Anuar Zailani Turut Tidak Kelihatan

 

Ab Rashid berkata pemain senior yang masih kekal untuk musim depan ialah Mohd Iqbal Mohd Suhaimi (penjaga gol), Hasbullah Awang, Hasan Basri, Mohd Muinuddin Mokhtar, Azri Hazran Amiludin Baki.

Bekas ketua skuad Terengganu Marzuki Yusof dan Mazlizam Mohamad akan turut memperkukuhkan pasukan itu bersama tiga pemain kelab Sime Darby iaitu Mohd Shazlan Alias, Mohd Nor Alif Zainal Abidin dan Badrul Hisham Moris.

Pemain lain yang disenaraikan ialah Irfan Ghani (Felda), Isma Alif (Perak), Pritam Singh (Kuala Lumpur) dan pemain Harimau Muda, Mohd Suhiran Zainal.

T-Team akan dibimbing oleh jurulatih Inggeris Peter Butler.