SYM Malaysia telah memperkenalkan Sport Rider 125i dengan grafik baharu dalam 3 jenis warna yang disediakan iaitu merah, biru & kuning. Ia merupakan salah satu kapcai yang popular di pasaran Malaysia sekarang.

SYM Sport Rider 125i ini mempunyai enjin SOHC dua injap yang mampu menjana 9.5hp pada 8000rpm dan 10.8Nm tork pada 5500rpm. Sport Rider 125i juga merupakan model pertama SYM yang dilengkapi enjin EFI. Moped ini juga mematuhi piawaian pelepasan Euro 3 yang mesra alam dan menjimatkan bahan api. Enjin ini mampu memindahkan semua kuasa kuda ke tayar belakang melalui transmisi putaran 4-kelajuan.

Reka bentuknya ala superbike atau naked bike jelas dilihat pada bahagian sisi, ekzoks dan juga fender belakang Sport Rider 125i. Meter ia adalah kombinasi LCD dan analog. Ia juga dilengkapi tangki minyak 4.2 liter yang besar.

Lampu belakang LED menambahkan ciri keselamatan motor ini dapat dilihat dengan senang walaupun dari jarak yang jauh. Tempat duduk yang berasingan untuk penunggang dan pembonceng sebagai ciri keselamatan, juga keselesaan di tunggang dan kini di lengkapi ruang penyimpanan di bawah tempat duduk.

System brek hidraulik depan dan gelendong (drum) belakang mampu menghentikan jentera seberat 107kg ini dengan senang. Suspensi jenis teleskopik hadapan dan lengan buai di belakang memberi kestabilan ketika menunggang di jalan raya.

Harga yang telah di tetapkan Sport Rider 125i baharu ini adalah RM 5,542.20 (harga asas tanpa GST, insuran & cukai jalan). Sport Rider 125i baharu ini kini boleh didapati di semua pengedar-pengedar sah SYM di Malaysia.