SYM Malaysia memperkenalkan “SYM Smart Shop” yang keenam dalam Malaysia dan yang kedua dalam Johor hari ini. Majlis perasmian pembukaan ini disempurnakan oleh En. Lu Tien Fu, Ketua Pengarah “Vietnam Manufacturing & Export Proce ssing Co. Ltd”, Dato’ Seri Leo Tan Lean Leah, Pengarah Urusan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad, Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Leok Kah Ling, Pengarah Urusan Wei Ling Motor Sdn Bhd dan En. Leok Jun Yu, Pengurus Besar Wei Ling Motor Sdn Bhd.

Wei Ling SYM Smart Shop terletak di 693 & 695, Jalan Mersing, 86000, Kluang, Johor Darul Takzim. Rumah kedai yang diubah suai sebagai lot pameran ini agak strategic dari segi kedudukan nya dan menonjol.

‘Showroom’ tiga tingkat ini menyediakan ruang pameran ekslusif SYM, sudut pameran untuk model Benelli, pusat servis serta ruang untuk aksesori dan alat ganti. Pusat servis dilengkapi dengan dua platform servis yang akan beroperasi setiap hari dari 9.30 pagi hingga enam petang, kecuali Ahad. Keseluruhan ruang dianggarkan seluas 10,000 kaki persegi.

‘SYM Smart Shop’ pada mulanya diperkenalkan pada 2014 sebagai satu pusat – sehenti pameran yang menampilkan semua model keluaran SYM dari moped sehinggakan skuter dan menjadi pusat servis yang menyediakan servis lepas jualan serta menjual alat ganti tulen SYM.

“Dengan perkenalan ‘SYM Smart Shop’ ini oleh Wei Ling Motor Sdn Bhd di Kluang, kami optimis yang kita mampu meraih lebih jualan dalam pasaran dalam bulan – bulan berikutnya.

Kami menghargai sokongan dari Kluang dan penduduk sekitar dan berjanji akan meneruskan menyediakan perkhidmatan selepas – jualan yang terbaik”, demikian kata En. Alex Lim JH yang merupakan Pengurus Cawangan Johor Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.