Connect with:




Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong penggunaan pengadil asing untuk Liga M selepas perjumpaan kontroversi semasa final Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu pada 27 Oktober lepas.

Pengadil Suresh Jayaraman, yang merasmikan perlawanan akhir Piala Malaysia, dikecam oleh peminat bola sepak susulan mutu pengadilannya yang dianggap paling teruk dalam sejarah perlawnaan berprestij itu.

Hal ini turut memaksa Pengerusi Jawatankuasa Subkhiddin melepaskan jawatannya kerana dikritik hebat hingga melibatkan anggota keluarganya.

Syed Saddiq baru-baru ini berkata beliau menyokong idea pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membentuk badan pengadil bebas.

“Saya menyokong langkah Tunku Ismail. Ia (perlawanan akhir Piala Malaysia) adalah permainan pertaruhan yang tinggi. Jika kepakaran asing (untuk pengadil) diperlukan, kita harus menggunakannya.

Dalam pada itu,  Ahli Parlimen di Dewan Rakyat juga mempertikaikan kebolehan beliau mengenai isu pergaduhan oleh beberapa pemain dalalm perlawanan akhir Piala Malaysia yang menyaksikan dua kad merah dikeluarkan.

“Saya berada di sana (final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam). Dalam mana-mana sukan, apabila perlawanan menjadi panas, perkara yang tidak diingini akan berlaku. Ini bukan tugas kementerian tetapi badan induk bola sepak dalam memastikan perkara sebegini tidak berlaku lagi, ” tambahnya.

Foto: Syed Saddiq