Connect with:




Malaysia akhirnya menamatkan kemarau pingat di Kejohanan Boling Remaja Sedunia di Amerika Syarikat dengan memenangi pingat emas yang berlangsung di Thunderbowl Lanes di Detroit, Michigan pada Rabu (1 Ogos).

Nur Syazwani Sahar berjaya melakukan 3,937 jatuhan pin dalam 18 pusingan untuk menjadi johan keseluruhan 34 pin dihadapan tempat kedua iaitu Juliana Botero (Colombia) dan Hong Sun Hwa (Korea Selatan).

Lebih mengujakan, dia menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi emas di All-Events sejak Esther Cheah memenanginya pada tahun 2006.

Turut berada dalam pasukan adalah Gillian Lim, Nur Amirah Auni Azman dan Nurameera Husna Aznel, kuartet itu mencatat jumlah keseluruhan 5,005 jatuhan pin di belakang juara bertahan, Korea Selatan (5,103) manakala Amerika Syarikat (4,987) di tempat ketiga dan Sweden (4,956) di tempat keempat.

Sementara itu, pasukan lelaki Malaysia yang terdiri daripada Rafiq Ismail, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Brandon Ting dan Shahrukh Amin Zulkifli hanya mampu menamatkan saingan di tempat keenam, dengan kehilangan hanya 21 pin untuk berada dalam kedudukan empat teratas.

Jepun mencatatkan jumlah keseluruhan 5,191 untuk menduduki tangga teratas bagi separuh akhir, diikuti oleh Filipina (5,147), Qatar dan (5,146).

Shahrukh dan Tun Hakim akan bersaing pada hari Khamis dalam acara Masters lelaki selepas membuat 24 balingan teratas.

Foto Kredit: Ancolbowling