Syafiq Syazwan telah diumumkan sebagai pemenang pertandingan Puma evoSpeed Best Pose anjuran PUMA Malaysia yang berakhir semalam.

Syafiq, 25 tahun, menampilkan gaya yang paling kreatif menggunakan PUMA evoSpeed gergasi dan prop tersedia dengan menewaskan 459 penyertaan lain yang datang dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Syafiq membawa pulang hadiah berupa kasut gergasi, beg cenderahati dan baucer PUMA bernilai RM 300.

Pertandingan ini telah diadakan di semua kedai-kedai PUMA di Lembah Klang sebagai pra-promosi untuk variasi kasut tersebut yang boleh didapati di semua kedai-kedai PUMA bermula akhir bulan Julai nanti.

“Berdasarkan kejayaan video Semua Boleh Bolt yang menampilkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, kami menggunakan replika kasut gergasi dan prop dari video tersebut untuk peminat bergambar untuk menyertai pertandingan itu,” kata Gabriel Yap, Ketua Pemasaran PUMA Malaysia.

“Replika kasut gergasi mendapat sambutan hangat dari peminat dan mereka mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada prop dalam video. Jadi, amat sukar bagi kami untuk memilih pemenang,” katanya lagi.

Janice Cherrie mendapat tempat kedua manakala Shazni di tempat ketiga. Kedua-duanya menerima kasut gergasi dan beg cenderamata bersama-sama dengan baucer RM 200 dan RM 100 setiap seorang.