Connect with:




Pemain pertahanan Swansea, Alfie Mawson muncul wira apabila berjaya membantu Swansea menewaskan Liverpool 1-0 di Stadium Liberty, awal pagi tadi

Meskipun turun selaku pasukan tercorot liga, ia tidak melemahkan semangat pemain Swansea untuk memberi aksi terbaik ketika menentang pasukan Liverpool yang berada di kedudukan keempat liga.

Dalam perlawanan tersebut, Liverpool tampak  lebih menguasai perlawanan dengan asakan demi asakan namun buntu untuk mencari gol. Swansea yang mengamalkan taktikal bertahan setelah mendapat gol pada minit ke-40 berjaya mengekalkan kedudukan sehingga tamat perlawanan.

Sebelum perlawanan, Liverpool dilihat tiada masalah untuk mencatat kemenangan apatah lagi mereka berjaya memadam rekod kemenangan Man. City dalam perlawanan sebelum ini. Namun Liverpool gagal untuk mengekalkan prestasi terbaik mereka dalam setiap perlawanan yang dihadapi.

Kemenangan Skuad kendalian Carlos Carvahal dalam perlawanan tersebut membolehkan mereka menghidupkan semula peluang untuk keluar dari zon penyingkiran sekaligus kekal dalam saingan EPL.

Foto Kredit : Facebook Swansea City Football Club