Sekali lagi, nasib malang melanda penjaga gawang Benfica, Mile Svilar apabila kesilapannya pada babak pertama membantu Manchester United menang 2-0 dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Sepakan jauh Nemanja Matic yang terkena tiang melantun kembali ke arah Svilar, yang tidak sengaja tertampan bola ke gawang sendiri sebelum Daley Blind melipatgandakan kelebihan The Red Devils pada minit ke-78 menerusi sepakan penalti.

Ramai yang mempertikaikan bahawa kemenangan United adalah hasil daripada kesilapan pemain Benfica namun pengurus, Jose Mourinho menegaskan bahawa pasukannya layak mendapat tiga mata selepas memaparkan prestasi yang baik.

Kini, United hanya memerlukan satu mata daripada baki dua perlawanan untuk mara ke pusingan seterusnya.

 

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH PENJAGA GOL

Cara Menangkap Bola

Walaupun Manuel Neuer digelar sebagai salah satu penjaga gawang terbaik di dunia, kesalahan yang sering dilakukannya adalah kedudukan tangannya. Lengan penjaga gawang harus berjongkok dan di atas lututnya bukannya dibaringkan di bawah lutut. Ini merupakan kesilapan yang sering dilakukan oleh penjawa gawang muda kerana ia akan menjadi sukar bagi mereka untuk menangkap bola.

 

Menyelam Ke Belakang, Bukan Ke Arah Bola

Oleh kerana kelajuan dan kekuatan sepakan bola, ibarat mustahil bagi penjaga gawang untuk melakukannya untuk setiap perlawanan. Namun begitu, mereka harus bergerak ke arah bola dan tidak hanya menunggu bola untuk datang ke mereka. Dengan cara sebegini, mereka akan memberikan diri mereka peluang yang lebih baik untuk menyelamatkan gawang mereka kerana mereka berjaya menyempitkan sudut bola.

 

Terlupa Untuk Bergerak Menggunakan Kaki Mereka

Rata-rata penjaga gawang muda terlupa sepenuhnya tentang kaki mereka dan berfikir bahawa mereka hanay akan menyelam dari tempat mereka dan menyelamatkan bola menggunakan tangan mereka. Ramai yang menyangka kemahiran mereka pada kaki jarang sekali digunakan. Ini merupakan fakta yang salah kerana ia sangat penting untuk penjawa gawang menggunakan kaki mereka bagi membolehkan mereka diposisikan di tempat yang betul pada masa yang tepat.

 

Foto Kredit: Twitter (SL Benfica)