Selain aksi di atas padang yang menyaksikan tuan rumah, Malaysia menewaskan Singapura 2-1 dalam perlawanan bolasepak peringkat kumpulan A Sukan SEA 2017, turut menjadi tumpuan semalam adalah rungutan penyokong terhadap sistem pengurusan venue yang tidak memuaskan.

Penyokong terpaksa beratur panjang untuk melepasi 3 pintu kawalan sehingga ramai yang terlepas aksi separuh masa pertama.

Malah, berlaku lagi perkara yang sama ketika perlawanan pertama Malaysia menentang Brunei – ada yang masuk tanpa disemk tiket mereka.

  

Bagi Faizal Ishak, insiden yang berlaku semalam ternyata menyusahkan para penyokong yang hadir terutamanya yang membawa keluarga.

“Macam saya, saya bawa anak kecil. Terpaksa berhimpit dalam keadaaan penuh sesak untuk melepasi 3 pintu kawalan.

“Penyokong faham penganjur mahu memastikan kawalan keselematan yang terbaik tetapi mereka tidak seharusnya meminggirkan keselesaaan penyokong yang datang.

Perkara ini disedari oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang turut hadir ke stadium semalam.

Apa yang telah di-tweet beliau ternyata mengejutkan. Polis berjaya menjumpai senjata tajam termasuk pisau.

Khairy bagaimanapun berkata penganjur berjanji akan memperbaiki mutu kawalan dengan menambah lebih banyak anggota polis di samping memperbanyakkan pintu masuk.