Connect with:




Beliau hadir ke Kejuaraan Memanah Para Dunia di Belanda dengan ranking ke-35 dunia. Tiada siapa menyangka Suresh Selvathamby akan pulang ke Malaysia selaku juara dunia.

Dalam aksi final recurve lelaki terbuka, Suresh berdepan dengan Eric Bennet dari Amerika Syarikat. Bennet merupakan juara dunia pada tahun 2015.

Bennet pada awalnya seperti menunjukkan beliau sekali lagi akan bergelar juara dunia selepas mendahului 3-1 pada empat set pertama.

Bagaimanapun, Suresh kemudian bangkit menampilkan aksi membanggakan untuk menang 7-3 sekaligus menjadi juara dunia pertama dari Malaysia dalam sukan memanah.

Kejayaan tersebut memastikan anak kelahiran Kedah itu mengesahkan tiketnya ke Sukan Paralimpik di Tokyo, tahun hadapan.

FOTO: World Archery