Kontroversi kehilangan ketua jurulatih Kelantan, Fajr Ibrahim akhirnya terjawab apabila beliau menyesahkan telah meletak jawatan selaku pengendali The Red Warriors (TRW) menerusi kiriman WhatsApp kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan.

Antara intipati surat itu adalah :

“Susulan tugas yang sukar dan kekurangan kemudahan untuk latihan, saya ingin meletak jawatan.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Kelantan,”

Tindakannya ini dianggap tidak profesional malah dilihat beliau seakan-akan lari dari tanggungjawab yang perlu dipikul. Beliau sepatutnya perlu bertindak lebih profesional apatah lagi dengan situasi yang Kelantan alami sekarang.

Keadaan ini sedikit sebanyak sudah tentu akan memberi kesan moral kepada pasukan Kelantan yang akan turun malam ini dalam perlawanan Liga Super menentang Kedah di Stadium Darul Aman.

Kemelut yang dihadapi Kelantan ini sentiasa mencuri tumpuan pemerhati bola sepak tanah air termasuklah dengan tindakan drastik apabila menyingkirkan beberapa pemain penting dari skuad utama Kelantan musim ini.

Sepanjang Fajer bersama skuad TRW, Kelantan tampak kurang konsisten apabila lebih banyak mengalami kekalahan daripada mencatat kemenangan ketika dibawah kendaliannya.

Apatah lagi kini Kelantan berada didasar liga dengan pungutan hanya 11 mata selepas 12 perlawanan yang mereka lalui dan hanya mampu mencatat dua kemenangan sahaja.

Namun usaha berani mempertaruhkan pemain muda dalam saingan Liga Super harus diberi pujian dan skuad muda ini dilihat mempunyai pontensi untuk lebih maju jika mereka dapat digandingkan untuk jangka masa beberapa tahun lagi.

Foto Kredit : Kelantan FA