Connect with:




Kejohanan Super Schools Rugby 15’s kembali menemui peminat sukan ragbi tempatan dengan aksi melibatkan pasukan-pasukan sekolah terbaik dari seluruh negara bermula Mac 2020.

Acara tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2013 dan merupakan edisi ketujuh tahun ini
menyaksikan peningkatan jumlah pasukan bertanding daripada lapan pasukan tahun lalu kepad. Pengarah Kejohanan, Shahrizin Shaharudin berkata perkembangan tersebut bakal memberi nafas baru kepada kejohanan edisi ini.

“Super Schools Rugby 15’s sentiasa memasang impian untuk meluaskan penganjuran ke seluruh negara. Menerusi penambahan empat pasukan baru, kita bakal melihat jumlah negeri yang
terlibat bertambah kepada lapan.

“Kami amat berhati-hati dalam pemilihan pasukan yang terlibat dan yakin bahawa sekolah yang terpilih akan meningkatkan lagi kualiti pertandingan.”

Dalam majlis undian dan taklimat pasukan, juara bertahan SM Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) bakal menghadapi cabaran Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dan wakil tunggal Johor Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) dalam kumpulan A. Dua pasukan baru, Kolej Yayasan Saad (KYS) dan
SM Sains Tuanku Jaafar (STJ) bakal berentap di kumpulan B bersama-sama wakil Negeri Sembilan Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR).

Sementara itu, juara dua kali Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) bakal beraksi menentang SM Sains Selangor (SMSS) dan gergasi ragbi Kedah, Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) dalam kumpulan
C. Manakala wakil Perak, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) pula melengkapkan kumpulan D bersama dua wakil Lembah Klang, Victoria Institution (VI) dan Maktab Tentera Darat (MTD).

Shahrizin turut menyatakan tiada pasukan boleh dianggap pilihan untuk meraih kejuaraan.

“Berdasarkan sejarah, tiada pasukan boleh dilabel bakal juara. Setiap pasukan membuat persediaan rapi bagi menghadapi kejohanan ini, oleh itu tiada satu pun perlawanan yang boleh dianggap mudah untuk mana-mana pasukan.”

Dahulu dikenali sebagai Super Six Schools Rugby, kejohanan ini adalah satu-satunya pertandingan ragbi 15 sebelah yang mengumpulkan pasukan-pasukan ragbi sekolah terbaik dari seluruh
negara.